STADIUM MERDEKA
Khamis, 17 September 2015
PENDAHULUAN
Tanggal 31 Ogos
diabadikan sebagai tarikh penuh
bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara. Namun, slogan laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa
apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan
kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya. Kemerdekaan telah mengangkat
maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli.
Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana
sahaja mereka berada.
Antara
perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati
di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah peristiwa perisytiharaan kemerdekaan
di Stadium Merdeka. Peristiwa yang telah menjadi bukti kebebasan Tanah Melayu
daripada kuasa penjajah.
Ketua
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra telah
mengisytiharkan pembukaan Stadium Merdeka. Turut serta hadir pada upacara
tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengawalan Stadium Merdeka, Dato’ Abdul Razak
Hussein. Pada hari tersebut Stadium Merdeka bergema dengan sorakan lebih 15,000
hadirin termasuk pelajar-pelajar sekolah, 700 orang tetamu kehormat dan
ahli-ahli sukan dari lapan negara luar. Upacara tersebut juga diserikan dengan
pertunjukan acara padang oleh 1,000 orang kanak-kanak sekolah dengan iringan
pancaragam Askar Melayu Diraja
ISI KANDUNGAN
TOPIK 1:SEJARAH STADIUM MERDEKA
1.1 : Latar Belakang Stadium Merdeka
1.2 : Kawasan-kawasan sekeliling Stadium Merdeka
TOPIK 2:PERISTIWA YANG BERLAKU DI STADIUM MERDEKA
2.1: Malam Kemerdekaan
2.2: Upacara Menghistiarkan Kemerdekaan
2.3: Tetamu Kehormat
TOPIK 3: TOKOH DAN SUMBANGAN DALAM KEMERDEKAAN DI STADIUM MERDEKA
3.1: Latar Belakang Tokoh
3.2: Sumbangan Tokoh-tokoh
TOPIK 4: STADIUM MERDEKA SAAT KINI
4.1: Penambah baik
4.2: Peranan
4.3: Teladan Tokoh-tokoh Yang Menaikkan Semangat Patriotisme
TOPIK 5: SEMANGAT PATROTISME YANG ADA PADA RAKYAT MALAYSIA
5.1: Semangat Cinta Akan Negara
5.2: Semangat Perpaduan Berbilang Kaum
5.3: Peristiwa terdahulu dijadikan teladan masa kini
TOPIK 1: SEJARAH STADIUM MERDEKA
Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Pada tanggal 31 Ogos 1957, Stadium Merdeka telah menjadi saksi peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu daripada jajahan.
Stadium yang telah menjadi saksi tamatnya zaman penjajahan di Tanah Melayu iaitu Stadium Merdeka memiliki keupayaan 25,000 penonton dengan 10,000 tempat duduk. Stadium yang digunakan bagi kegiatan pelbagai guna. Stadium Merdeka terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Almarhum Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium Merdeka.
Pembinaan stadium ini adalah merupakan satu kemajuan yang kita kecapi suatu ketika dahulu. Dengan adanya stadium ini, perpaduan yang erat dapat ditanamkan melalui kegiatan-kegiatan sukan dan upacara kebangsaan yang diadakan di Stadium ini.
Stadium ini mula digunakan untuk satu upacara yang bersejarah dalam sejarah tanahair, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman selepas dirasmikan sehari sebelumnya. Seramai 10,000 orang membanjiri stadium ini ketika perisytiharan itu dibuat pada pagi 31 Ogos 1957.
Tetapi pada satu ketika terdapat ura-ura mengatakan Stadium Merdeka ingin dirobohkan bagi memberi peluang pembangunan. Tetapi atas inisiatif beberapa orang telah menghantar surat supaya stadium ini jangan dirobohkan. Maka pada Februari 2003, Stadium Merdeka telah dinamakan sebagai bangunan warisan kebangsaan.
1.2 : Kawasan-kawasan sekeliling Stadium Merdeka
Peta diatas menunjukkan kedudukan Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain iaitu Menara Warisan, Victorita Instituition, Stadium Negara, SRJK(C) Jalan Davidson, Methodist Boy's School dan Confucion Private Secondary School
TOPIK 2: PERISTIWA YANG BERLAKU DI STADIUM MERDEKA
Dalam video di atas menunjukkan detik-detik laungan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang dihadiri oleh 20 ribu rakyat.
2.1: Malam Kemerdekaan
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos 1957 pukul 12.00 tengah malam di Padang Kelab Selangor,Kuala Lumpur, telah diadakan upacara menurunkan bendera Union Jack bagi menandakan berakhirnya penjajahan British di Tanah Melayu dan lahirnya sebuah negara baru yang berdaulat, setaraf dan setimpal dengan semua negara-negara yang berdaulat di dunia. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sambil disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman.
Pada jam 12 malam menjelang hari yang disifatkan sebagai tarikh keramat bagi seluruh rakyat Malaysia,adalah saat paling bersejarah. Tarikh keramat itu disambut dgn laungan dan pekikan MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA! oleh seluruh rakyat Malaysia, sebagai tanda bebas dari belenggu penjajahan hasil daripada perjuangan gigih pejuang-pejuang tanah air dalam menuntut kemerdekaan tanah melayu.
2.2: Upacara Pengisytiharaan Kemerdekaan
Di hari yang bertuah itu, sejak dari senja lagi,beribu-ribu rakyat telah berkumpul untuk menyaksikan peristiwa yang paling bersejarah yang bakal berlaku di negara ini. Persediaan-persediaan daripada pihak kerajaan dan rakyat untuk menyambut dan merayakan kemerdekaan itu telah siap sedia diatur secara besar-besaran. Seluruh negeri di Persukutuan Tanah Melayu tlh dihiasi dengan berbagai-bagai hiasan. Bangunan-bangunan,terutama bangunan kerajaan,perniagaan,persekutuan-persekutuan dan lain-lain telah dihiasi dgn bendera-bendera,lampu-lampu bergemelapan dgn membentuk huruf ‘MERDEKA'.
Sehinggalah waktu yang ditunggu-tunggu, debaran sekian lama kini terhenti jua. Diistiharkan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman setelah menerima perlembangaan sebagai lambang penyerahan. Kemudian, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman bangun dari tempat duduknya dan menerima watikah perlembagaan sebagai lambang penyerahan kuasa pemerintahan sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu. Tunku mulakan ucapannya dalam bahasa Inggeris. Setelah Tunku mengucapkan penghargaan kepada Great Britain atas pertolongan untuk mencapai kemerdekaan, beliau mula membaca teks "Pemasyhuran Kemerdekaan".
Pengisytiharan itu disambut dengan laungan "MERDEKA" sebanyak 7 kali sebagai Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama di hadapan 20 ribu rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan Raja-rajanya serta perwakilan dari 30 negara-negara Komanwel dan negara-negara asing lainnya. Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan dengan iringan Lagu Kebangsaan Negaraku yang buat pertama kalinya diperdengarkan secara rasmi dalam sebuah negara baru. Diikuti pula selepas itu dengan seruan azan oleh tokoh agama Islam iaitu Datuk Hassan Azhari sebagai simbolik lahirnya sebuah negara baru dimana Islam merupakan agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu dan tembakan meriam seratus satu das.
Kemudian, Doa Selamat dibacakan bagi memohon keberkatan dan keredhaan Allah terhadap sebuah negara yang baru dilahirkan. Dengan pengisytiharan itu, maka berakhirlah penjajahan Inggeris dan kuasa Baginda Ratu Elizabeth II ke atas Persekutuan Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka iaitu sejak lebih 170 tahun. Pada hari itu juga Pesuruhjaya Tinggi British yang terakhir di Persekutuan Tanah Melayu, Sir Donald MacGillivray dan isterinya telah meninggalkan negara ini dan pulang ke England.
2.3: Tetamu Kehormat
Apabila Tanah Melayu meraikan Hari Kemerdekaannya yang pertama, hotel-hotel baru didirikan di serata Kuala Lumpur untuk menampung delegasi luar yang bakal datang setelah dijemput oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menyaksikan hari bersejarah tersebut.
Barisan pertama perwakilan asing ke Tanah Melayu ialah:
- Raja dan Permaisuri Siam
- Putera dan Puteri Mahkota Jepun
- Johannes Gerhardus Strijdom, Perdana MenteriAfrika Selatan
- Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India
- Huseyn Shaheed Suhrawardy, Perdana Menteri Pakistan
- Pham Van Dong, Perdana Menteri Vietnam
- Solomon Bandaranaike, Perdana Menteri Ceylon (Sri Lanka)
- U Nu, Perdana Menteri Burma
- Sim Var, Perdana Menteri Kemboja
- Sir Alexander Grantham, Gabenor Hong Kong
- John Foster Dulles, Setiausaha Negara Amerika Syarikat (mewakili Presiden Amerika Syarikat)
- Duta Australia, Kanada dan New Zealand
- Lim Yew Hock, Ketua Menteri Singapura
- Putera Henry, Duke of Gloucester (wakil Ratu Elizabeth II), Puteri Alice, Duchess of Gloucester dan Putera William of Gloucester
- Sir Gerald Templer (bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu)
- Lady Gurney dan Lady Gent (isteri bekas Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu)
Ketika mendarat di Lapangan Terbang Sungai Besi, tetamu kehormat telah disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Donald Charles MacGillivray dan Lady MacGillivray, Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu yang pertama, Tuanku Abdul Rahman diiringi Raja Permaisuri Agong dan Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama, Tunku Abdul Rahman.
TOPIK 3: TOKOH DAN SUMBANGAN DALAM KEMERDEKAAN DI STADIUM MERDEKA
3.1: LATAR BELAKANG TOKOH
TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik kejayaannya.Beliau merupakan seorang yang peramah , baik hati , arif dalam membuat pertimbangan , berjiwa rakyat , setia kepada sahabat-sahabatnya , rendah diri , murah hati , sentiasa bersimpati , bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai.
Tunku dilahirkan pada 08 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga ( Istana Kota Lama ) Alor setar , Kedah . Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja
Beliau merupakan putera yang ke-6 dari isteri yang ke-2 atau yang ke-24 bagi ayahnya.Ayahandanya , Sultan Abdul Hamid , menaki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun 1943.Ibundanya pula , Che Manjalara , berketurunan Siam dan Burma dan menukar namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.
Tunku telah berkahwin pada tahun 1939 dengan isterinya Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah.Kedua-duanya merupakan tokoh kebanggaan negara.
3.2 SUMBANGAN TOKOH-TOKOH
Haji Abdullah Fahim
Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun- tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.
Setelah ratusan tahun merasai kepahitan hidup sebagai rakyat jajahan, kemerdekaan merupakan ganjaran paling besar. Tidak hairanlah jika rata-rata mereka sanggup membawa kaum keluarga masing-masing berkampung selama berhari-hari di Stadium Merdeka, semata-mata tidak mahu terlepas peluang berharga dalam sejarah negara itu. Kemunculan tempat-tempat menarik di negara ini hakikatnya tidak sesekali dapat menandingi kehebatan dan kepentingan Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka kerana di situlah lahirnya sejarah kenegaraan Malaysia. Walaupun hampir dirobohkan suatu ketika dahulu, namun, atas usaha orang ramai dan pencinta warisan, Stadium Merdeka masih berdiri gagah sehingga ke hari ini. Wartawan S2, ROSALINDA MD.SAID, SITI NURAZLINA JAMALUDIN dan AZIZI MAJID berusaha menjejaki semula individu-individu yang menjadi saksi di Stadium Merdeka bagi menghuraikan pengalaman indah mereka melakar detik-detik bersejarah negara.
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut
Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962. Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. MASING-MASING hadir dengan harapan menggunung. Menjadi saksi kepada satu peristiwa penuh bererti. Yang tidak mungkin luput dalam ingatan walau ke tiupan nafas terakhir. Tanggal 31 Ogos 1957.
Tarikh keramat bagi seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Hampir 20,000 anak bangsa berkumpul menyaksikan detik-detik bersejarah kemerdekaan negara di depan mata. Tatkala Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'merdeka', bermula dengan upacara penurunan bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) diikuti pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka, semua yang hadir tidak mampu menahan air mata. Air mata yang tertumpah amat berharga bagi ‘saksi-saksi merdeka’ ini.
Senarai Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan
Senarai Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti- British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan berikut:
- Penghulu Dol Said di Naning
- Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti
- Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong
- Dato’ Maharajalela
- Sultan Abdullah di Perak
- Dato’ Bahaman
- Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang
- Tok Janggut di Kelantan
- Raja Mahadi di Selangor
- Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
- Tok Moris
- Tunku Kudin
- Tunku Muhammad Saad di Kedah
- Rentap
- Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah
Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
Langgan:
Catatan (Atom)