TOPIK 3: TOKOH DAN SUMBANGAN DALAM KEMERDEKAAN DI STADIUM MERDEKA
3.1: LATAR BELAKANG TOKOH
TUNKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM PUTRA AL-HAJ
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-sifat istimewa disebalik kejayaannya.Beliau merupakan seorang yang peramah , baik hati , arif dalam membuat pertimbangan , berjiwa rakyat , setia kepada sahabat-sahabatnya , rendah diri , murah hati , sentiasa bersimpati , bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai.
Tunku dilahirkan pada 08 Februari 1903 di Istana Tingkat Tiga ( Istana Kota Lama ) Alor setar , Kedah . Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja
Beliau merupakan putera yang ke-6 dari isteri yang ke-2 atau yang ke-24 bagi ayahnya.Ayahandanya , Sultan Abdul Hamid , menaki takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun 1943.Ibundanya pula , Che Manjalara , berketurunan Siam dan Burma dan menukar namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama Islam.
Tunku telah berkahwin pada tahun 1939 dengan isterinya Sharifah Rodziah binti Syed Alwi Barakbah.Kedua-duanya merupakan tokoh kebanggaan negara.
3.2 SUMBANGAN TOKOH-TOKOH
Haji Abdullah Fahim
Syeikh Abdullah Fahim menyebut dalam bahasa Arab: "am khir atana" (tahun baik datang kepada kita) bagi hari Sabtu, 31 Ogos 1957. Beliau berpesan supaya jika tarikh untuk pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu tidak pada 31 Ogos 1957, maka pada tahun- tahun berikutnya sebelum tahun 1962 adalah tidak baik bagi orang Melayu untuk mengisytiharkan kemerdekaan.
Setelah ratusan tahun merasai kepahitan hidup sebagai rakyat jajahan, kemerdekaan merupakan ganjaran paling besar. Tidak hairanlah jika rata-rata mereka sanggup membawa kaum keluarga masing-masing berkampung selama berhari-hari di Stadium Merdeka, semata-mata tidak mahu terlepas peluang berharga dalam sejarah negara itu. Kemunculan tempat-tempat menarik di negara ini hakikatnya tidak sesekali dapat menandingi kehebatan dan kepentingan Dataran Merdeka dan Stadium Merdeka kerana di situlah lahirnya sejarah kenegaraan Malaysia. Walaupun hampir dirobohkan suatu ketika dahulu, namun, atas usaha orang ramai dan pencinta warisan, Stadium Merdeka masih berdiri gagah sehingga ke hari ini. Wartawan S2, ROSALINDA MD.SAID, SITI NURAZLINA JAMALUDIN dan AZIZI MAJID berusaha menjejaki semula individu-individu yang menjadi saksi di Stadium Merdeka bagi menghuraikan pengalaman indah mereka melakar detik-detik bersejarah negara.
Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu merupakan peristiwa pengumuman kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Tarikh ini dipilih dalam mesyuarat antara Ketua Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan timbalannya Haji Ahmad Badawi (bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5) di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 1956. Mufti Pulau Pinang, Haji Abdullah Fahim (bapa Haji Ahmad Badawi) turut ikut serta dalam perbincangan tersebut
Beliau juga melarang pemuda-pemuda UMNO (United Malays National Organization) dari memberontak dan merampas kuasa jika kerajaan British tidak menyetujui tarikh 31 Ogos 1957 ini. Jika kemerdekaan tidak dapat disambut pada tarikh yang dikehendaki itu, Syeikh Abdullah Fahim meminta supaya menunggu hingga lima tahun lagi iaitu pada hari Jumaat, 31 Ogos 1962. Bagaimanapun apa yang dikehendaki telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. dan pada 20 Februari 1956, telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957 dan diisytiharkan oleh Tunku Abdul Rahman di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka. MASING-MASING hadir dengan harapan menggunung. Menjadi saksi kepada satu peristiwa penuh bererti. Yang tidak mungkin luput dalam ingatan walau ke tiupan nafas terakhir. Tanggal 31 Ogos 1957.
Tarikh keramat bagi seluruh rakyat Persekutuan Tanah Melayu. Hampir 20,000 anak bangsa berkumpul menyaksikan detik-detik bersejarah kemerdekaan negara di depan mata. Tatkala Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan 'merdeka', bermula dengan upacara penurunan bendera Union Jack di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka) diikuti pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka, semua yang hadir tidak mampu menahan air mata. Air mata yang tertumpah amat berharga bagi ‘saksi-saksi merdeka’ ini.
Senarai Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan
Senarai Tokoh-Tokoh Pejuang Kemerdekaan Kehadiran British ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1786 telah menyemarakkan lagi usaha penentangan orang Melayu terhadap penjajah terutama apabila British mula mencampuri urusan pentadbiran tempatan. Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti- British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan berikut:
- Penghulu Dol Said di Naning
- Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti
- Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong
- Dato’ Maharajalela
- Sultan Abdullah di Perak
- Dato’ Bahaman
- Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang
- Tok Janggut di Kelantan
- Raja Mahadi di Selangor
- Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu
- Tok Moris
- Tunku Kudin
- Tunku Muhammad Saad di Kedah
- Rentap
- Roslie Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah
Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan