Khamis, 17 September 2015

TOPIK 1: SEJARAH STADIUM MERDEKA


 

1.1: Latar Belakang Stadium Merdeka

     Mungkin ramai yang tidak mengetahui erti kemerdekaan yang sebenar. Erti kemerdekaan bukan sahaja bebas daripada cengkaman penjajah semata-mata, malah kebebasan minda daripada terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mahu melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia. Pada tanggal 31 Ogos 1957, Stadium Merdeka telah menjadi saksi peristiwa pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu daripada jajahan. 
     Stadium yang telah menjadi saksi tamatnya zaman penjajahan di Tanah Melayu iaitu Stadium Merdeka memiliki keupayaan 25,000 penonton dengan 10,000 tempat duduk. Stadium yang digunakan bagi kegiatan pelbagai guna. Stadium Merdeka terletak di Kuala Lumpur, Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika itu telah meletakkan batu asas Stadium Merdeka.
     Pembinaan stadium ini adalah merupakan satu kemajuan yang kita kecapi suatu ketika dahulu. Dengan adanya stadium ini,  perpaduan yang erat dapat ditanamkan melalui kegiatan-kegiatan sukan dan upacara kebangsaan yang diadakan di Stadium ini. 
     Stadium ini mula digunakan untuk satu upacara yang bersejarah dalam sejarah tanahair, iaitu pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman selepas dirasmikan sehari sebelumnya. Seramai 10,000 orang membanjiri stadium ini ketika perisytiharan itu dibuat pada pagi 31 Ogos 1957
     Tetapi pada satu ketika terdapat ura-ura mengatakan Stadium Merdeka ingin dirobohkan bagi memberi peluang pembangunan. Tetapi atas inisiatif beberapa orang telah menghantar surat supaya stadium ini jangan dirobohkan. Maka pada Februari 2003, Stadium Merdeka telah dinamakan sebagai bangunan warisan kebangsaan.


 1.2 : Kawasan-kawasan sekeliling Stadium Merdeka





Peta diatas menunjukkan kedudukan Stadium Merdeka dan beberapa tempat lain iaitu Menara Warisan, Victorita Instituition, Stadium Negara, SRJK(C) Jalan Davidson, Methodist Boy's School dan Confucion Private Secondary School

Tiada ulasan:

Catat Ulasan