PENDAHULUAN
Tanggal 31 Ogos
diabadikan sebagai tarikh penuh
bersejarah bagi seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan ulang tahun
kemerdekaan negara. Namun, slogan laungan merdeka dan cuti umum tidak membawa
apa-apa kesan jika rakyat tidak menghayati dengan penuh kesedaran dan
kesyukuran nilai kemerdekaan yang sebenarnya. Kemerdekaan telah mengangkat
maruah dan kedaulatan negara. Ia adalah sesuatu yang tidak boleh dijual beli.
Rakyat Malaysia yang cintakan negara wajar memelihara nama baik negara di mana
sahaja mereka berada.
Antara
perkara paling penting yang dapat dikutip dan dijadikan teladan serta dihayati
di akhir perjuangan kemerdekaan ini adalah peristiwa perisytiharaan kemerdekaan
di Stadium Merdeka. Peristiwa yang telah menjadi bukti kebebasan Tanah Melayu
daripada kuasa penjajah.
Ketua
Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra telah
mengisytiharkan pembukaan Stadium Merdeka. Turut serta hadir pada upacara
tersebut ialah Pengerusi Lembaga Pengawalan Stadium Merdeka, Dato’ Abdul Razak
Hussein. Pada hari tersebut Stadium Merdeka bergema dengan sorakan lebih 15,000
hadirin termasuk pelajar-pelajar sekolah, 700 orang tetamu kehormat dan
ahli-ahli sukan dari lapan negara luar. Upacara tersebut juga diserikan dengan
pertunjukan acara padang oleh 1,000 orang kanak-kanak sekolah dengan iringan
pancaragam Askar Melayu Diraja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan