Khamis, 17 September 2015

TOPIK 5: SEMANGAT PATROTISME YANG ADA PADA RAKYAT MALAYSIA


 

     Hakikatnya, masyarakat sekarang seakan-akan lupa akan pentingnya memupuk semangat patriotisme dalam diri masing-masing. Hal ini kerana kita sering kali melihat anak bangsa kita yang tidak mengambil endah akan isu-isu yang menonjolkan semangat patriotisme seperti bangga akan pencapaian negara dan budaya bangsa. 

     Persoalannya adakah 50 tahun mendatang merdekakah kita lagi? Tanpa kita sedar patriotisme memainkan peranan yang sangat penting dalam diri setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai selama ini. Oleh yang demikian, sebagai rakyat yang terdiri daripada berbilang kaum dan berbeza agama, tentunya tidak mahu menunggu sehingga tahap kritikal. Tentulah kita mengetahui pentingnya patriotisme sebagai rakyat Malaysia seperti perumpamaan "sudah terang, lagikan bersuluh". Rentetan itu, nilai patriotisme haruslah diterapkan kepada anak muda kita sejak awal pembelajaran lagi agar menjadi pegangan hidup kelak



5.1: Semangat Cinta Akan Negara





     Rakyat Malaysia  perlu menanamkan semangat cinta akan negara supaya perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu tidak dilupai dan ditelan zaman. Ibu bapa pula dilihat haruslah memupukkan semangat cintakan negara dan menghormati pemimpin  ke dalam diri anak-anak sejak kecil lagi supaya apabila dewasa kelak mereka mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan sayang kepada negara. Bagi golongan belia pula digalakkan untuk menyusuri sejarah lampau negara dalam usaha mencapai kemerdekaan supaya segala susah payah dan kesusahan yang terpaksa dilalui akan dapat untuk dikekalkan kedaulatannya agar kita hidup dalam suasana aman harmoni. Sekiranya sejarah negara ini dihayati, nescaya kita tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah dan tohmahan pihak-pihak berkepentingan dalam menggugat kestabilan negara.

    Sebagai warganegara Malaysia, telah menjadi tanggungjawab kita berbangga apabila nama Negara dikenali dipersada dunia Malaysia akan dikenali diseluruh pelosok dunia. Kita mestilah berasa bangga dengan kejayaan yang telah dikecapi oleh rakyat Malaysia dan pastinya generasi seterusnya akan meneruskan kesinambungan yang telah dicipta oleh generasi terdahulu


         

5.2: Semangat Perpaduan Berbilang Kaum



  Lihat Diri Kita
   Tanya Pada Diri,
     Wahai Diri,
       Hari Ini Bersatukah Masyarakat Di keliling Aku,
        Inikah Aman, Inikah Perpaduan,
          Ya Memang Benar,
            Ia tidak akan wujud jika Tidak Bersatu




     Sebahagian sajak di atas menunjukkan peri pentingnya perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum. Jika inginkan keamanan, keharmonian dan juga kesejahteraan, maka perpaduan jua jalan penyelesaiannya. Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang  rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum. Apakah formula ampuh yang boleh digunakan di Malaysia untuk mewujudkan perpaduan yang dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan? Namum, persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam diri

    Pelbagai cara digunakan untuk mengekalkan perpaduan  dalam sesebuah negara dengan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan rakyat dan menghayati prinsip-prinsip rukun negara. Melalui penghayatan terhadap rukun negara ini akan membuatkan seseorang itu menghormati kaum lain. Selain itu, kita dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan kerjasama dan dapat menaikkan nama negara ke persada dunia. Perasaan hormat-menghormati dan bantu-membantu antara satu sama lain perpaduan adalah penting dalam mengekalkan kedamaian dan keharmonian sesebuah negara.

     Dalam nada yang sama,“Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat” Peribahasa yang ringkas tetapi mempunyai maksud yang jelas mengenai perpaduan, sudah cukup menggambarkan kelestarian hidup yang bersatu padu.



5.3: Peristiwa terdahulu dijadikan teladan masa kini





   

     Rakyat malaysia akan mencontohi pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan